Vogue Arabia telah meraikan undang-undang yang akhirnya membolehkan wanita memandu di Arab Saudi dengan memaparkan puteri kesayangan mereka HRH Princess Hayfa bint Abdullah Al Saud, anak perempuan mendiang Raja Abdullah sebagai muka depan untuk edisi Jun.
Edisi Jun sepenuhnya didedikasikan untuk perubahan monumental bagi kerajaan dan menampilkan wawancara dengan wanita Arab dari model, pereka fesyen kepada pelakon dan aktivis.
Princess Hayfa tampil elegan dalam ensemble putih bersama selendang selesa duduk di tempat duduk pemandu di kawasan padang pasir di luar Jeddah, Arab Saudi.
“Di sini terdapat beberapa konservatif yang takutkan perubahan.
“Secara peribadi, saya menyokong perubahan ini dengan penuh semangat. Sangat mudah untuk memberi komen mengenai masyarakat lain dan berfikir bahawa masyarakat anda sendiri lebih unggul, tetapi dunia Barat harus ingat bahawa setiap negara mempunyai keunikannya tersendiri.
“Kami mempunyai kekuatan dan kelemahan, dan mengenai budaya kami, adalah lebih baik untuk cuba memahami daripada menilainya,” jelasnya padu dalam wawancara tersebut.
Fotografi ikonik itu diambil oleh jurugambar hebat, Boo George, yang sebelum ini bekerja dengan Kim Kardashian untuk Elle US.
Rakyat Arab Saudi memberi reaksi positif apabila Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud membuat pengumuman pada September 2017 bahawa pengharaman pemanduan wanita akan berakhir. Dan ianya berkuat kuasa pada bulan depan.