Bercakap tentang soal kecantikan memang tak akan pernah habis. Kaum wanita memang ada sahaja bahagian yang hendak ‘diperbaiki’. Antara yang menjadi tumpuan orang perempuan Malaysia ialah nak jadi putih.
Sentimen untuk jadi putih melepak masih belum luntur. Kenapa penulis cakap begitu? Kamu tengoklah sendiri betapa banyaknya lambakan produk pemutih dari jenis krim, cecair (minuman), pil dan pelbagai lagi.
Bagi mencatas statement tidak sahaja untuk memutihkan kulit, produk-produk terbabit juga memberi manfaat kepada kulit seawal-awal penggunaan.
Produk kecantikan dipasaran kini dimonopoli oleh selebriti tempatan dan semakin laju di paparan Instagram terutamanya. Mari kita lihat beberapa produk selebriti yang menjurus kepada kecantikan dan memutihkan kulit.
#1 Diva Secrets – Ifa Raziah
Dimiliki oleh pengacara, penyanyi dan pelakon sensasi Ifa Raziah. Bukan sahaja mengeluarkan produk penjagaan wajah malah rangkaian kosmetik. Produk dari Diva Secrets yang paling terbaharu ialah Miracle Nano Lift yang boleh menganjalkan kulit dan paling penting PUTIH!
#2 Pinky Pinky – Siti Sarah
Rasanya semua nampak dengan nyata perubahan warna kulit penyanyi Siti Sarah yang dahulu sama macam kita tapi sekarang putih mulus, glowing dan seumpamanya. Beliau kini mengeluarkan produk diatas nama Pinky Pinky dan produk sulungnya iala Pinky Snow Lotion. Bahan-bahan dalam losyen ini diasaskan dari sebuk mutiara, biowhite, Vitamin E dan pelbagai lagi untuk merawat kulit dan of course putih!
https://www.instagram.com/p/Bg76UYQBKhH/?taken-by=pinkypinky.hq
#3 Deeja Cosmetics – Sherry Ibrahim
Produk penjagaan kulit wajah paling panas! Deeja Cosmetics diasaskan oleh pelakon Sherry Ibrahim dan produk semakin menjadi tumpuan pengguna tak kira wanita mahupun lelaki. Krim berwarna kekuningan ini mampu mengatasi pelbagai masalah kulit termasuklah jeragat dan warna kulit gelap. Jap, kulit gelap jadi masalah ke?
https://www.instagram.com/p/BjCkR0en5oV/?taken-by=sherryibrahim
#4 Jangan Mengata Skincare – Nur Sajat
Penulis ingat lagi promosi Nur Sajat mengenai sabun merah jambu, sampai satu badan boleh guna. Kini Sajat memperluaskan lagi set kecantikannya kepada Jangan Mengata Skincare siap ada BB Cushion. Daripada testimoni yang penulis baca di akaun Instagram Nur Sajat, pengguna mampu melihat perubahan kulit hanya dari 1 set produk.
https://www.instagram.com/p/Bg9GjFLnzS_/?taken-by=nursajat02
#5 Toujours Advanced – Hanis Zalikha
Produk ‘laku keras’ Hanis Zalikha ini ialah dari kolagen yang biasanya dikatakan boleh mengembalikan keremajaan kulit, mencerahkan dan dipek daripada buah-buahan sunnah (ehmm..bagusnya). Minuman sachet ini boleh diambil oleh ibu mengandung dan anak yang lahir jadi ‘comel’. Penulis tidak pasti, bayi yang lahir memang semua comel tak semestinya kena minum kolagen.
#6 Sefh Poms Serum dan Lina Pom Pom Soap – Elly Mazlein
Nak tergelak pun ada bila baca nama jenama produk kecantikan dari Kak Lina. Produk pertama Elly Mazlein ialah Lina Pom Pom Soap yang boleh menanggalkan mekap tebal dan memberi kesan kulit lembab, cerah dan bersih. Selain itu, Kak Lina memperkenalkan Sefh Poms Serum untuk kesan kulit segar sampai pengguna tak perlu lagi pakai foundation. Kau..marketing dia!
https://www.instagram.com/p/BeDbyIMgUZR/?taken-by=iamellymazlein
#7 Audela – Nad Zainal
Siapa sangka kecil-kecil molek Nad Zainal kini sudah bergelar usahawan dengan mengeluarkan minuman kecantikan Audela. Menggunakan tagline ‘bantu anda kurus putih gebu & lebih yakin’ dan paling terbaru, minuman Audela juga mampu mengawal rasa lapar ketika bulan puasa. Hebatnya….
Perlu ke anda consume atau mencuba produk diatas untuk jadi cantik? Ikut kata selera dan keyakinan anda tentang produk-produk ini. Namun bagi penulis pilihlah yang bukan sahaja mendapat kelulusan KKM tapi tidak menimbulkan rasa kesangsian kepada kilang pembuatan, bahan-bahan produk dan kesan ‘pantas’.