Jenama kafe terkemuka, Starbuck tampil mengumumkan polisi baharu syarikat mereka Sabtu lalu di mana mereka akan membenarkan pengunjung untuk duduk melepak di dalam kafe mahupun menggunakan tandas tanpa perlu membuat sebarang pembelian.
Polisi baharu itu diwujudkan selepas lima minggu sebuah kes tangkapan yang berlaku di salah sebuah kafe Starbucks sekitar Philadelphia.
Menurut eksekutif syarikat, polisi terdahulu begitu loggar dan samar-samar membuatkan ramai keliru.
Sebelum ini, semua keputusan adalah terletak di tangan kakitangan kafe serta pengurus yang bekerja pada waktu tertentu kerana mereka diarah untuk mempertimbangkan untuk mengutamakan pelanggan yang memlakukan pembelian sahaja.
“Kami komited untuk mewujudkan sebuah budaya yang lebih mesra kepada semua orang,” jelas Starbucks dalam sebuah kenyataan baru-baru ini.
Dua orang lelaki berkulit hitam telah ditahan pada 12 April lalu di sebuah cawangan Starbucks sekitar Philadelphia yang sedang duduk melepak di dalam kafe sambil menunggu seorang lagi rakan mereka untuk tiba. Salah seorang daripada individu terbabit kemudian dihalang untuk menggunakan tandas kerana tidak membeli sebarang minuman di kafe.
Tonton Video Dua Orang Lelaki Ditangkap Polis
Seorang kakitangan Starbucks yang bertugas kemudian bertindak membuat panggilan polis untuk menahan dua lelaki yang terlibat sehingga menyebabkan mereka dihumban ke dalam penjara beberapa jam sebelum dilepaskan.
Berhubung dengan kes penahanan itu, Starbucks menutup lebih 8,000 cawangannya di Amerika pada 29 Mei semata-mata untuk mengajar para kakitangannya tentang etika profesionalisma yang sepatutnya diterap dalam diri agar tidak berlaku rasisme.
Sungguh pun begitu, tidak pasti sama ada Starbucks Malaysia menerapkan polisi yang sama atau pun tidak.