Persepsi orang kita “kulit cerah itu cantik manakala kulit gelap pula tidak menarik”.
Buktinya, kini para gadis lebih cenderung menghabiskan wang ringgit melakukan rawatan pemutihan serta mengambil minuman tambahan agar berhasil mendapatkan kulit secerah awek Korea.
Seperti model berasal dari Korea Selatan ini yang mencipta kegilaan malah tular kerana warna kulitnya bukan standard K-Beauty – putih pucat. Moon Gabi, merupakan seorang model sejak memenangi pertandingan Miss World Bikini pada tahun 2011.
Popularitinya memuncak sejak muncul dalam program tvN Talkmon dan Get It Beauty, serta-merta dia menjadi sensasi, semuanya gara-gara penampilannya yang unik untuk orang Korea.
Netizen jatuh cinta dengan fizikalnya yang luar biasa, warna kulit dan rupa paras yang berbeza, sehinggakan namanya sering trending di pelbagai enjin pencarian di Korea Selatan.
“Saya fikir kemasyuran yang dimiliki kini kerana saya berbeza dengan apa yang anda biasa lihat di Korea. Saya mempunyai penampilan yang sama sekali berbeza, ” jelasnya.
Jom kenali Moon Gabi!
#1 Ramai orang berfikir bahawa Moon Gabi mempunyai darah campuran kerana rupa yang unik, tetapi ternyata tidak. 100% Korea!
#2 Ada segelintir merasakan warna kulit Gabi tidak asli. Walau bagaimanapun, Moon Gabi menjelaskan dia mendapat kulit gelap dari ayahnya sendiri.
“Saya sememangnya sudah gelap tapi saya juga menggunakan tanning cream, minyak dan pelembap supaya kekal glowing. I don’t necessarily try to look like someone that is not Korean,” katanya.
#3 Populariti Gabi meningkat juga disebabkan penampilan yang berani, solekan lebih ke arah gaya Barat seperti Kylie Jenner dan Ariana Grande.
Perbezaan ini telah membuatnya menonjol dalam industri Korea, di mana standard kecantikan lebih tradisional.
#4 Mengakui bahawa dia bersenam sejak di usia 14 tahun untuk miliki body fit sebegini.
“Saya menari sejak muda. Sejak saya berumur 14 tahun, saya melakukan latihan selama 2 jam setiap hari sebelum tidur. Selepas setahun bersenam, saya berjaya mengurangkan saiz pinggang saya dari 26 inci ke 23 inci,” terangnya.
#5 Keunikannya juga membawa kepada malapetaka apabila menyebabkan kesesakan lalu lintas di luar negara.
Gabi menjelaskan dia mempunyai cara jalan khas “S-Line” yang mampu membuatkan pemandu ‘menurunkan’ cermin tingkap kereta.
Tengok, gelap pun cantik tau…