Dunia hiburan Indonesia penuh dengan skandal panas dan memeranjatkan. Kalau di Malaysia isu panas biasanya direka-reka oleh netizen yang digelar makcik bawang.
Lain di negara sebarang, seorang penyanyi dangdut Dewi Sanca bikin kecoh apabila mengaku kini berbadan dua tanpa suami. Lebih malang, dia ditinggalkan teman lelaki dan malu kerana mengandungkan anak luar nikah.
“Malu ya malu dari kelmarin. Menyesal ya menyesal. Tapi semuanya sudah terjadi, jadi jalani sahaja. Pada dasarnya ini akan menjadi kebodohan yang pertama dan terakhir.”
Kisahnya terjadi apabila dia menyatakan hasrat untuk berkahwin tapi ditolak oleh kekasih dan terus menghilangkan diri selepas itu. Ketika bertemu dengan para wartawan, Dewi sempat memberi pesan kepada kekasihnya “Buat Uda Muhammad Rifky, sedia tanggungjawab secara material, sedia tanggungjawab secara nikah juga bukan masalah. Maksudnya berani buat berani bertanggungjawab.”
Ini bukan kali pertama penyanyi berusia 34 tahun buat ‘hal’, sejak awal kemunculan dia kerap bergelut dengan skandal. Pernah bermain cinta dengan pegawai tertinggi di Papua sehingga lelaki tersebut mampu membiayai kos pembedahan plastik beberapa kali sampai hubungan mereka putus.