Dian Sastrowardoyo bagi penulis tanda kecantikan asli wanita Indonesia. Raut wajahnya sangat manis dan ayu bila dipandang sampai tidak puas. Telah pun menginjak pada usia 36 tahun tapi natural beauty miliknya langsung tidak mamah usia.
Sama sahaja ketika mula popular dengan filem Ada Apa Dengan Cinta pada 2002 dan kini Dian masih lagi terlihat cantik seawal 20-an.
Wanista rungkaikan 3 tips cantik Dian yang sering tampil semulajadi. Semua orang boleh ikut!
#1 Tak ukir kening
Uniknya tentang rutin kecantikan Dian, tidak memilih untuk melukis kening. Beliau lebih suka bentuk kening yang sebenar atau semulajadi. Apa yang perlu anda buat hanya kemaskan kening dan pilih ukuran kening yang sesuai dengan bentuk muka.
#2 Sapuan pemerah pipi
Cukup dengan gincu, maskara dan pemerah pipi tapi Dian mengaplikasi pemerah pipi bukan sahaja pada dua belah pipinya juga pada atas hidung. Oh, tips ini merupakan mekap ala Korea biar hidung pinkish-pinkish gitu.
#3 Tak lupa pelembab
Kan dah cakap pelembab memang penting! Dian langsung tidak tinggal rutin dalam melembab kulit wajah. Rutin ini bagi mengelakkan kulit menjadi kusam dan kekal terhidrasi dengan nutrisi krim pelembab.
Rasanya dah boleh start ikut tips nombor satu dan dua untuk gaya natural di jelita Indonesia ini!