Pengumuman baik untuk para peminat produk kecantikan Korea sekalian, anda diundang untuk sama-sama mendapat faedah bagi menyelami kebaikan teh hijau untuk kesejahteraan alami kulit.
Seperti yang kita semua tahu, Innisfree ada menawarkan rangkaian produk penjagaan wajah berasaskan ramuan teh hijau yang kaya dengan anti-oksida serta elemen untuk melembap secara optimum.
Sehubungan pelancaran Green Tea Seed Serum baharu, Innisfree mennganjurkan sebuah acara besar-besaran di Pavilion KL dengan menyediakan sebuah stesen untuk para wanita menjelajah dan menimba ilmu kecantikan tentang teh hijau dipanggil The Beauty Green Tea Hydrating Station.
Antara aktiviti menarik adalah:-
- Beauty Green Tea Zone: Timba ilmu tentang kebaikan produk teh hijau Innisfree dan rakam gambar selfie sebanyak mungkin kegirangan berganda.
- The Innisfree Island: Permainan tembak-menembak di mana mereka yang bertuah bisa membawa pulang barangan menarik Innisfree!
- Hydration Pump: Pengunjung berpeluang rasai kehebatan serum Green Tea Seed di stesen Hydration Pump!
- Hydration Race: Sertai perlumbaan merebut mata untuk menang hadiah menarik.
- Hydration Mist: Rakam gambar kenangan di booth dan pengujung berpeluang menebus foto yang dimuat naik ke Instagram di kaunter secara percuma!
- Beauty Green Tea Store: Kaunter menawarkan pelbagai produk terbaik Innisfree pada harga berpatutan.
Dari 16 hingga 22 April ini, jangan ketinggalan memenangi sepasang tiket penerbangan AirAsia X dari Kuala Lumpur ke Jeju Island apabila membeli barangan Innisfree Rm400 dalam resit tunggal untuk peluang anda dapat merasa sendiri pengalaman alami di bumi K-Beauty!