Menopaus lazimnya akan mula menyerang wanita yang berumur 40 tahun ke atas. Tiada seorang pun yang akan terlepas daripada berdepan dengan fasa ini kerana kejadian manusia memang sebegitu rupa. Ianya adalah proses semual jadi yang berlaku kerana tubuh seseorang wanita mengalami beberapa perubahan fizikal untuk mengendalikan kadar turun naik hormon.
Ramai wanita mengalami beberapa simptom ini sebelum terjadinya menopaus termasuklah mood menjadi tidak menentu, sukar tidur malam, tubuh mudah berasa panas serta berpeluh dan yang paling nyata adalah keguguran rambut.
Jika hendak dibandingkan dengan lelaki, rambut wanita lebih lambat gugur kerana keterampilan seseorang wanita yang mengalami masalah ini cuma akan memperlihatkan keadaan rambut yang nipis. Ini berbeza dengan lelaki kerana lelaki yang keguguran rambut akan menampakkan tompok-tompok kulit nyata di bahagian kepala.
Namun begitu, masalah keguguran rambut dalam kalangan wanita masih lagi menjadi kebimbangan kerana ia bisa menyebabkan seseorang hilang keyakinan diri kerana berasa diri tidak cantik. Walhal, ia adalah sesuatu yang sukar dielakkan kerana ia terjadi kerana tindak balas hormon estrogen dan progesteron yang semakin lemah.
Hasilnya, rambut lambat tumbuh sekaligus meningkatkan penghasilan androgen -galak pengecutan folikal serta keguguran rambut.
5 Cara Mengurangkan Keguguran Rambut Yang Disebabkan Menopaus
#1 Kurangkan Stress
Amalkan senaman pernafasan dan regangan seperti yoga dan tai chi kerana ia mampu mengembalikan kesejahteraan zahir dan batin, seterusnya mengurangkan stress serta keguguran rambut.
#2 Kawal Pemakanan
Kurangkan makan lemak dan ambillah sumber yang mengandungi asid lemak penting seperti salmon, tuna, minyak zaitun, minyak flaxseed, bijirin penuh, vitamin B6, kacang badam dan walnut. Oh! Dengar kata teh hijau pun bagus juga… patutlah wanita tua di Jepun kebanyakannya masih lebat berambut.
#3 Tingkatkan Bendalir Dalam Tubuh
Berhenti minum jus, soda dan minuman bergula lain dan mula melembabkan tubuh dengan bendalir berasaskan air kosong untuk tubuh berfungsi secara efisyen. Ingat, sekurang-kurangnya 8 auns sehari!
#4 “Back to Basic”
Berhenti gunakan alat pengering rambut atau apa sahaja alatan elektrik lain untuk menggaya rambut. Biarkan rambut kering dengan udara dan berhenti menggunakan pewarna rambut atau sebarang sumber yang bisa menjejaskan kulit kepala dan kesihatannya.
#5 Rangkaian Syampu Plantur 39 Phyto-Caffeine
Percaya tak syampu yang diramu dengan khasiat kopi ini boleh selamatkan masalah keguguran? Ia memanfaatkan teknologi galenic formulation yang bantu menyalurkan kebaikan kafein kompleks hingga ke lapisan dalam kulit kepala untuk menggalak kadaraktif akar rambut di samping memulih keguguran.
Hanya di Watsons, syampu ini ditawarkan dalam empat pilihan:-
- Plantur 39 Phyto-Caffeine Shampoo (Untuk rambut normal hingga rapuh): RM49.90
- Plantur 39 Phyto-Caffeine Shampoo (Untuk rambut berwarna dan tertekan): RM49.90
- Plantur 39 Conditioner (Untuk rambut yang berwarna dan tertekan): RM39.90
- Plantur 39 Phyto-Caffeine (Tonik): RM55.90
Selamat beramal! ❤