Cantiknya apabila koleksi pakaian dihiasai elemen nusantara. Itulah yang cuba diterapkan jenama fesyen Uniqlo kegemaran ramai sepanjang musim bunga/panas 2018 ini.
Mengetengahkan elemen corak cetakan batik moden, koleksi istimewa yang berciri tradisi ini adalah untuk wanita dan lelaki di mana, setiap satunya bakal dihiasi cetakan batik eksentrik untuk memberi aura sensasi buat si pemakai.
Antara motif batik yang dirangkumkan bersama adalah jenis Sido, Ceplokan dan Kembang. Pasti ramai anak muda yang berminat untuk mencuba koleksi yang dipersembahkan Uniqlo kali ini.
Helaian yang menjadi keutamaan untuk koleksi Motif Batik ini adalah seperti blaus dan kemeja lelaki. Koleksi ini akan dipasarkan pada 23 Mac nanti di semua cawangan Uniqlo seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand. Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.uniqlo.com/my] atau lawat laman Facebook rasmi Uniqlo Malaysia di [www.uniqlo.com/my].