Bagi seorang wanita yang mementingkan penampilan, penjagaan rambut adalah mustahak dan dianggap sama penting dengan penjagaan kulit wajah.
Baik berambut pendek, panjang, bertektur kerinting mahupun lurus, jom pakat ikut trend rambut semasa seperti yang Wanista cadangkan ni!
#1 Anak Rambut Singkat
Dipotong pada paras yang lebih pendek daripada biasa, awalnya gaya anak rambut sebegini mungkin kelihatan pelik tetapi andainya anda mahu menerapkan gaya rock atau punk 80-an, stail bangs sebegini menarik dan sesaui dengan jiwa hipster anda tu!
#2 Anak Rambut Stail Kusut
Kelihatan sempoi, kebiasaannya stail rambut messy ini membuka ruang untuk anda papar sisi seksi diri. Jika anda sudah sedia ada memiliki bangs, apa kata gayakannya agar kelihatan berserabut sedikit?
Boleh guna penggulung rambut untuk hasilkan gulungan kecil sebelum menyikat gulungan tersebut dengan jari dan sikat ia dengan lembut agar tampak kusut sedikit.
#3 Subtle Side Bangs
Akan buat wajah yang bulat terlihat bujur sedikit, rambut depan serdahana panjang ditolak ke bahagian sisi untuk memberi aura sensasi yang kelihatan cantik dan santai.
#4 Potongan Bob Kerinting
Nak suatu kelainan? Boleh potong rambut gaya bob kemudian kerinting kasarkan ia menggunakan penggulung. Hasilnya, anda akan kelihatan edgy dan ranggi!
#5 Lurus Tajam!
Penghujung rambut kelihatan rata dan tajam kerana ianya dipotong menggunakan mesin pencukur dan bukannya gunting. Jadi, sila minta penggaya rambut anda taau tukang gunting rambut gunakan pencukur agar bisa mendapatkan potongan rambut straight cut yang kemas sebegini.
#6 Swoop 70-an
Stail rambut ini akan membuatkan anda kelihatan angun dua kali ganda! Dengan syarat, anda menggunakan sikat bulat untuk menyikat penghujung rambut ke dalam untuk menghasilkan rambut yang bergelung dan berlekuk sebegitu.
#7 “Blunt Bob” Tidak Seimbang
Blunt Bob adalah stail rambut yang akan dipotong pendek pada bahagian belakang seterusnya menurun dan memanjang ke bahagian sisi hingga ke depan.
Lebih eksentrik jika anda menggayakan satil rambut ini seperti Margot Robbie di mana, rambut di bahagian kanan disisir dan diminyak kemas sebelum ditarik ke kiri secara menyeluruh.
#8 Rambut Berombak Awan
Jika and memiliki kerinting asli, tak payah susah-susah luruskan rambut kerana tahun stail rambut kerinting adalah paling hangat untuk 2018!
Kemaskan rambut kerinting agar ia dibiarkan serdehana panjang skeurang-kurangnya paras bahu. Dengan ini kerinting anda akan kelihatan bersahaja dan lebih mudah diuruskan.
#9 Anak Rambut Tidak Sekata
Jika anda berasa ralat untuk menggunting rambut tetapi masih mahu mengubah stailnya, boleh cuba kemaskan potongan anak rambut sebegini. Seperti Selena, beliau bijak memanfaatkan gutingan anak rambut yang tidak sekata seterusnya disisir kemas yang bisa menutup keadaan dahi luas atau jendul.
Yang pakai tudung pun janganlah malas untuk jaga rambut. Hakikatnya bila anda berada di rumah bersama keluarga atau bersama suami, rambut itu tetap akan menjadi perhatian. Cantik untuk yang tersayang apa salahnya kan? Nanti yang mendapat pujian anda juga.
Selamat beramal! ❤