Jika anda tidak mempunyai ijazah sarjana muda maka anda tidak layak memegang jawatan Pengurus Tandas. Terkejut? Tapi itu yang berlaku di salah sebuah daerah di Wuhan, China.
Menurut iklan pekerjaan yang disiarkan secara online oleh pegawai Hongshan District, untuk jawatan Pengurus Tandas, pemohon mestilah tidak berumur lebih dari 30 tahun dan paling mengejutkan ramai orang, mesti memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda.
Hal itu sekaligus menjadi bahan bual bicara netizen yang mengejek kelayakan iklan jawatan kosong tersebut.
“Jika anda tidak belajar bersungguh-sungguh, anda tidak akan layak untuk menguruskan tandas awam.”
Seorang lagi netizen berpendapat bahawa jika pengurus mempunyai ijazah sarjana muda, makan penyelianya mesti pemegang master.
Walaubagaimanapun, seorang pegwai segera menjelaskan kekeliruan denagn menekankan bahawa untuk jawatan Pengurus Tandas, seseorang bertanggungjawab mengendalikan tugas pentadbiran untuk setiap tandas awam di daerah tersebut.
Inisiatif ini akan memperbaiki dan mengubahsuai tandas awam supaya menjadi lebih baik dan moden di masa hadapan.