Kadang-kala mood nak memasak di dapur ni bukan sahaja bergantunngpada kehendak diri tetapi sedikit sebanyak peralatan dapur dan suasana di dapur tu lah yang mempengaruhi diri betul tak?
Antara perkakas dapaur yang sukar dijaga rapi adalah periuk kerana hampir setiap hari digunakan untuk memasaka, namun jika terperuk lama dalam kabinet pula, ia semakin berkarat lalu menyukarkan kita hendak menggunanya bila perlu.
Ramai tidak tahu bahawa periuk yang karat boleh diselamatkan dengan beberapa langkah mudah. Daripada buang, ada baiknya kita manfaatkan cara ini…
Anda perlu:-
- Sabut besi
- Span kasar warna hijau
- Sabun basuh pinggan
- Kain lap
- Minyak sayuran / Minyak masak
- Aluminium foil (kertas aluminuim)
- Oven
Cara:-
1. Tanap membasahkan periuk berkarat itu, kikis dan gosok bahagian periuk yang berkarat menggunakan sabut besi. Kikis sehingga semua karat tertanggal.
2. Basuh periuk tersebut secara rapi menggunakan sabun basuh pinggan (kalau boleh guna sabun basuh pinggan jenis cecair kerana teksturnya lebih lembut).
3. Keringkan periuk dengan menggunakan kain lap yang mampu menyerap basahan dengan strategik, Boleh juga guna tisu dapur.
4. Sapu minyak pada keliling permukaan periuk (bahagian dalam dan luar).
5. Pastikan jangan sapu minyak terlalu banyak, cukup hanya sekadar sapuan minyak yang nipis dan rata.
6. Masukan periuk ke dalam oven secara terbalik dan bakar ia pada suhu 250ºc selama satu jam.
7. Biarkan periuk sejuk di luar sebelum mula menggunakannya kembali. Siap!
Kini periuk anda kembali jadi seperti periuk yang baru! Langkah ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan karat kuali.
Selamat mencuba! ❤