Sebelum ini, Arab Saudi pernah digelar antara negara yang ‘cerewet’ kerana memiliki banyak pantang larang. Terkini, sekali lagi nama negara Arab Saudi disebut ramai gara-gara mengharamkan penjualan maskara popular daripada jenama TooFaced iaitu “Better Than Sex”.
Oleh kerana nama maskara tersebut dianggap tidak wajar untuk dikomersialkan di negara majoriti Islam, pihak Arab Saudi secara tidak langsung mengeluarkan perintah untuk menukar nama maskara tersebut kepada “Better Than Love”.
Hal itu kemudian mengejutkan ramai pihak kerana tidak menyangka nama barangan kosmetik juga menjadi isu mustahak di negara Arab Saudi.
Dalam masa yang sama, terdapat juga kosmetik daripada jenama popular lain telah ditukar kepada nama yang lebih ‘mesra muslim’ seperti pemerah pipi NARS Orgasm telah ditukar kepada “NARS O” manakala highlighter Becca Champagne Pop telah ditukar kepada “Becca C-Pop”.
Menurut sumber, nama barangan yang mempunyai istilah seksual atau menggambarkan benda haram seperti perkataan “champagne” pada nama Becca Champagne Pop akan ditukar serta-merta jika mahu barangan tersebut dipasarkan di negara timur tengah speerti Arab Saudi.