Bersempena tahun baru Cina yang bakal tiba, 11street telah melancarkan kempen Gong Xi Wang Wang – dimana ia kempen bertujuan untuk mereka yang sering membeli-belah disaat akhir. Lebih menarik lagi, kini pembeli di Malaysia memilih untuk menyediakan persiapan seperti hadiah untuk keluarga dan rakan-rakan melalui atas talian.
Penghantaran 48 jam
Menurut dari kaji selidik 11street hampir 60% pengguna menyiapkan persiapan 14 hari sebelum hari perayaan. Manakala hampir separuh dari mereka hanya merancang tiga hari sebelum tahun baru, sememangnya rakyat Malaysia suka buat last minute! Dengan kempen 11street Gong Xi Wang Wang, penghantaran bungkusan boleh dilakukan secara 48 jam untuk pembeli dikawasan Lembah Klang dan konsep ‘Click & Collect’ pula memudahkan pengguna untuk mengambil bungkusan tanpa menunggu penghantaran. Mudah sahaja, anda perlu mengambil barang di stor terpilih berdekatan.
https://www.instagram.com/p/BeR1cXan53e/?taken-by=wanistadotcom
Pelbagai baucer dan hamper
Kempen ini juga bakal memberi pelbagai hamper, e-baucer untuk restoran dan percutian. Ini kerana pengguna 11street lebih memilih aktiviti bersama keluarga ketika musim perayaan antaranya makan malam, menziarahi keluarga, percutian keluarga dan membeli hadiah untuk yang tersayang. Selain itu, top kategori menjadi pilihan untuk berbelanja ialah fesyen, makanan dan minuman serta kelengkapan rumah.
Kupon Ang Pow RM20 juta bakal diberikan!
11street tidak terkecuali memberi kupon Ang Pow berharga RM20 juta dengan jumlah diskaun sebanyak 88% pada lebih 10 juta produk. Malah untuk ‘good luck flash deals’ produk terpilih dijual dengan harga serendah RM0.88. Jangan ketinggalan juga untuk mendapatkan e-baucer PETRONAS diskaun 30% sepanjang kempen Gong Xi Wang Wang berlangsung.
Teruja? Terus layari www.11street.my untuk menikmati pelbagai diskaun, kupon dan hadiah misteri dari 11street sempena Gong Xi Wang Wang!