Anak yang bijak, mempunyai IQ tinggi merupakan anugerah dari Allah SWT dan itu juga merupakan berkat dari usaha para ibubapa yang benar-benar menjaga kandungan.
Pada bakal ibu yang mahukan terbaik untuk anak-anak mereka rasanya dah boleh ikut cara pemakanan kajian yang dilakukan di UK ini.
CARANYA: MAKAN 9 BIJI TELUR SEHARI!
Kajian mengatakan dengan pengambilan 9 biji telur sehari dapat meningkatkan IQ bayi dalam kandungan. Telur mengandungi choline dimana ia bagus untuk kebolehan kanak-kanak memproses memori dan informasi.
BAHAYA?
Ya, memang bahaya kerana mengambil telur yang banyak boleh bawa kepada kolesterol tinggi.
Malah memang mustahil untuk makan 9 biji telur sehari, jadi apa yang anda perlu lakukan pilih diet atau sumber makanan yang juga mempunyai choline.
Cadangan nutrisi yang diperlukan ibu mengandung ialah 480mg, namun itu pun tidak lagi cukup dan masih memerlukan amaun dua kali ganda untuk nutrisi optimal.
GANTI TELUR DENGAN…
Kandungan choline juga terdapat dalam daging merah, ikan, ayam, bahan tenusu, sayuran brokoli, kubis dan kekacang.
Buat ibu mengandung yang ingin mengikut diet telur ini, dinasihati untuk tidak memakan telur secara mentah atau separuh masak kerana boleh beri risiko kepada jangkitan salmonella. Telur yang paling elok ialah apabila bahagian putih dan kuning dimasak hingga keras.
Walaubagaimanapun Wanista menasihatkan para ibu untuk mengikut diet yang seimbang dan paling jangan stres-stres.