Laneige telah memilih pelakon muda Kim Yoo Jung sebagai wajah baru mereka.
Walaupun masih muda, Kim Yoo Jung boleh dianggap senior dalam dunia lakonan Korea Selatan kerana dia sudah debut sebagai pelakon sejak kecil lagi. Popularitinya mula berkembang selepas membintangi drama Moon Embracing the Sun, Angry Mom, dan tahun lepas mendapat watak utama sebagai Hong Ra-On dalam drama Love in the Moonlight, berjaya menunjukkan kemahiran lakonannya ke peringkat yang lebih tinggi.
Laneige menegaskan Kim Yoo Jung dipilih mewakili jenama mereka disebabkan imej pelakon itu.
“Kim Yoo Jung adalah pelakon cantik dengan imej ceria, bertenaga dan miliki kulit wajah yang sihat dan bersih. Imejnya sesuai dengan visi Laneige untuk menampilkan kecantikan semula jadi pada setiap wanita muda. Kami berharap dapat mengekspresikan kecantikan Laneige dengn Yoo Jung,” jelas wakil Laneige.
Yoo Jung yang tidak sangka dengan tawaran tersebut, turut meluahkan kegembiraannya, “Saya sangat gembira untuk menjadi wajah baru jenama Laneige yang disukai secara global. Saya tidak sabar untuk bekerja bersama Laneige dan akan terus aktif menjadi sebahagian daripada keluarga Laneige.”
Diharap Kom Yoo Jung terus sukses seperti Song Hye Kyo yang meninggalkan Laneige selepas 10 tahun bekerjasama.