Permulaan 2018 baru Coach dengan memperkenalkan koleksi Musim Bunga 2018 yang dipromosikan oleh penyanyi, pelakon dan juga dermawan, Selena Gomez. Beliau yakin dapat membawa jenama tersebut sebagai imej rumah fesyen kulit Amerika dengan berlatarbelakang kota raya New York.
Koleksi yang menjadi tumpuan ialah beg tangan the Parker yang direka khas dari kualiti kulit terbaik dan bercorak color-blocking dan sentuhan grafik. Beg tangan ini bakal dilancarkan pada Februari 2018.
Versi gaya Coach dalam Coach’s Signature Canvas dan beg tangan kulit lembut Tea Rose akan diperkenalkan dalam masa terdekat.
Selena Gomez membawa aura si gadis Coach yang mengekalkan originaliti dan menghidupkan gaya kempen kali ini.