Siapa sini suka tengok scene mukbang (eating broadcast)? Lebih-lebih lagi kalau tonton drama atau program variety, cepat mengaku?
Mukbang adalah siaran audiovisual dalam talian di mana individu menikmati makanan sambil berinteraksi dengan penonton mereka. Biasanya dilakukan melalui webcast (seperti streaming platforms), mukbang menjadi popular di Korea Selatan pada tahun 2010 sehingga ke hari ini.
Dieters hati-hati! Senarai ini hanya akan membuatkan anda bertambah lapar, terliur dan perut terus minta diisi. Sekiranya anda sedang diet atau detoksifikasi, artikel ini mungkin bukan untuk anda, atau sebenarnya ia mungkin sesuatu yang anda suka baca – lihat artis kesayangan makan penuh berselera.
Berikut adalah bintang Korea yang memang pantang lihat makanan, mereka langsung tidak pedulikan imej – sama ada depan kamera atau belakang. Mereka menjadi diri mereka setiap kali berdepan dengan makanan.
EXID Hani
https://www.youtube.com/watch?v=heeiWrVFm30
Kalau yang perempuan, EXID Hani memang terbaik. Dia langsung tidak malu untuk menunjukkan sisi ‘sebenar’ ketika makan – walaupun kadang-kala agak hodoh.
Soyou
https://www.youtube.com/watch?v=hHFevCNoXAQ
Kalau anda perlukan kawan untuk ajak makan, Soyou adalah orangnya. Semua jenis makanan, dia makan, walaupun yang paling pedas, dia langsung tidak cerewet.
Apink Bomi
https://www.youtube.com/watch?v=-f0MtNa7ekQ
Orangnya kecil molek tetapi nafsu makan, tak tahu nak cakap apa…
BTS Jin
Tak lengkap artikel ini kalau tidak senaraikan BTS Jin. Semua orang tahu dia memang sukakan makanan, bahkan mempunyai rancangan Eat Jin – video dia menikmati pelbagai hidangan enak.
Girls Day Hyeri
Even masa makan pun masih cantik lagi.. Apakah!!
Highlight Doojoon
Tak perlu diperkatakan lagi kerana penyanyi senior ini memang hebat sekali kalau bab makan. Kalau tak, dia tidak akan terpilih sebagai watak utama dalam drama ‘Let’s Eat’.
Baca : Serius Rasa Lapar Kalau Tonton Drama Korea Ni…
Park Bom
Makan atas katil dan sambung tidur, hebatkan? Kalau kita mesti tak akan buat sebab takut muka bulat, gemuk tapi untuk Park Bom, semua itu langsung tidak dipedulinya…
AOA Seolhyun
Menurut Seolhyun, dia pernah mengalami kenaikan berat badan melampau kerana tabiat makan yang tidak boleh dikawal.
Youngji
Penulis suka lihat cara Youngji menikmati makanan, betul-betul nampak sedap.
Okay rasa lapar tengok mereka makan… Nak ayam goreng, kentang goreng dan banyak lagi makanan bergoreng….