Setiap pilihan yang kita buat kebanyakan dari refleks diri kita yang sebenar.
Sama juga apabila memilih bauan haruman, ianya mampu membaca personaliti siapa anda. Iyalah, masing-masing punya ‘hidung’ yang berbeza. Lain orang, lain bau yang disuka jadi lain orang lain perangai.
Jom periksa siapa anda disebalik bauan kegemaran? Garang ke baik? Hmmmm…
Suka: Citrus
Jika anda gemar dengan bau segar dari buah citrus seperti limau atau oren, anda sebenarnya dilahirkan untuk menjadi seorang ketua. Anda seorang yang dominan dan agresif juga sangat bercita-cita tinggi.
Suka: Mawar
Anda pandai membaca fikiran orang, bertimbang rasa dan sangat prihatin terhadap orang sekeliling anda. Selain itu, anda berfikir dahulu sebelum bertindak.
Suka: Lavendar
Orang suka bau lavendar, orang yang popular! Anda suka bekerja dalam pasukan (ramai-ramai) dan mempunyai ramai kenalan kerana anda friendly. Senang cerita orang yang suka bau lavendar ini extrovert.
Suka: Vanila
Happy-go-lucky! Anda seorang yang sangat ceria, gemar bergaul dan berparti. Kalau tiada anda memang suramlah majlis keraian.
Suka: Buah/Fruity
Jaga-jaga dengan orang suka bau segar buah-buahan, rupanya mereka ini cepat moody dan beremosi. Kadangkala mereka suka mengeluarkan ayat-ayat perli dan buat orang lain menyampah. No! Pada mereka yang suka bau fruity, sila ubah sikap ya…
Suka: Kelapa
Anda berani mengambil tanggungjawab dalam tugasan, selain itu mempunyai citarasa tinggi dan memiliki gaya fesyen tersendiri. Tapi anda kena hati-hati jangan terlalu boros dalam berbelanja terutamanya membeli barangan berjenama dan mewah.
Suka: Talkum
Berkeyakinan tinggi dan cerdas! Anda seorang yang bekerja keras untuk mencapai kemahuan, sukakan cabaran , saingan dan tidak serik walaupun pernah gagal.
Suka: Gardenia/Esotik
Anda merupakan seseorang yang boleh diharap dan sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Hubungan keluarga, rakan dan cinta memang tiada masalah sebab anda tahu cara untuk menjaga sebuah ikatan silaturahim.
Suka: Jasmine
Anda tak pedulikan apa orang kata tentang diri anda. Menjadi diri sebenar adalah prinsip utama dan sentiasa dalam mood ceria. Kadangkala anda ini seorang yang ‘gila-gila’ dan sangat sukakan cabaran.
Anda yang mana dan apa pendapat anda?