Selang beberapa hari selepas foto Selena dan Justin Bieber bercumbuan di khalayak tersebar selepas gosip mereka dikatakan bercinta semula dijaja media sehingga buat ramai peminat naik gila, semalam ketika menghadiri acara anugerah American Music Awards, selebriti genit yang popular dengan single terkininya yang berjudul “Wolves” itu tampil berani dengan imej rambut baru dari Brunette ke Blonde!
Kelihatan matang daripada gaya fesyennya yang lebih elegan sebelum ini, Selena memadankan rona rambut barunya itu bersama helaian rekaan Coach yang mengetengahkan potongan dress mini berkonsep “rock chic” sambil dihiasi perincian zip, butang logam serta tampalan sulaman motif bintang yang menerbitkan aura sensasi berkelas!
Sebagai aksesori, Selena secara ringkas menggayakan tumit tinggi bertutup senada bersama beg kepit, dan sepasang anting-anting.
Membuat kemunculan di karpet merah dengan rambut kuning itu, dikhabarkan Selena juga buat julung kalinya membuat persembahan lagu “Wolves” secara langsung bersama Marshmello semalam.
Tonton Video Muzik “Wolves” Nyanyian Selena Gomez & Marshmello
Untuk pengetahuan semua, menjelang 30 November nanti, Billboard bakal mengiktiraf Selena Gomez sebagai “Women of the Year” pada acara Billboard Women in Music 2017.
Selain Selena, selebriti lain yang juga kelihatan gah di karpet merah American Music Awards 2017 adalah:
#1 Kelly Clarkson
#2 Sabrina Carpenter
#3 Renee Bargh
#4 Ashlee Simpson
#5 Jessie James Decker
#6 Hailee Steinfield
#7 Nicole Kidman
#8 Heidi Klum
#9 Demi Lovato
#10 Laura Marano