Tak tahulah apa nak jadi dengan bekas bintang Disney Bella Thorne ini. Semakin hari semakin liar, gambar baru Bella di Instagram menjadi tanya tanya.
Menjilat lidah rakannya Tana Mongeau sempena menyambut kelahiran dia yang ke-20 tahun. Mereka tidak ragu-ragu untuk memuatnaik video boomerang dengan menjilat lidah masing-masing.
Beberapa minggu sebelum ini, Tana Mongeau juga memuatnaik gambar bercium mulut dengan Bella dan ramai menganggap mereka merupakan pasangan kekasih. Namun, Bella menjelaskan dia masih menyukai lelaki dan berpendapat dia bukan homoseksual.
Kalau dilihat melalui rangkuman gambar-gambar yang dimuatnaik melalui Instagram milik Bella Thorne ialah parti, festival muzik dan pastinya gambar separuh bogel yang sering ditayang.
Bella juga pernah intim bersama bekas suami Kourtney Kardashian, Scott Disick.
Mungkin Bella juga mengalami masalah personaliti yang sama seperti Miley Cyrus beberapa tahun lepas.
Walaubagaimanapun, kalau Bella bahagia dengan cara ini nampaknya peminat dia juga harus terima yang sama.