LUNA, jenama kecantikan Korea yang sentiasa setanding dengan trend kecantikan ‘hallyu’ menawarkan pelbagai produk kosmetik dengan formula seperti mekap diatas pentas peragaan.
Sejak diperkenalkan pada 2006, LUNA sentiasa menjadi pilihan gadis semasa bukan sahaja di Korea malah di Malaysia dan seluruh dunia. Kini jenama LUNA Cosmetics boleh dicuba dan dibeli secara langsung di stor terpilih Watsons Malaysia.
LUNA percaya ‘semua wanita adalah cantik’ dan misi mereka ialah untuk mencungkil keluar kecantikan pada setiap wanita.
Rangkaian produk LUNA yang bakal membawa hit di Malaysia ialah Essence Water Pack Ad dengan tiga manfaat berganda perlindungan UV SPF 50++, mengurangkan kedutan dan mencerahkan kulit. Formulasi cecair yang ringan bukan sahaja melembabkan kulit malah memberi kesan kulit lembut dan tona kulit sekata.
Manakala LUNA Long Lasting Tip Concealer memberi litupan tanpa beri kesan mekap bercapuk dan rangkaian LUNA Runway Cream Lipstick beri efek berkilat dan bibir mungil dari formula menyerikan.
Dapatkan rangkaian kosmetik LUNA di stor pilihan Watsons Malaysia.