Tekstur kulit bagi setiap orang adalah berbeza dan kadangkala faktor persekitaran juga membuatkan keadaan kulit tidak teratur. Percaya tau tidak, pakar kecantikan kulit di Indeed Laboratories telah mencipta satu rangkaian lengkap untuk penjagaan kulit sesuai untuk semua jenis kulit. Tidak kira keadaan kulit semasa samada kulit baik ataupun tidak ia masih boleh digunakan.
Kulit yang sihat, ialah bila mementingkan rutin penjagaan kulit yang ketat. Laboratories perkenal koleksi Booster diinovatif dari bahan kompleks yang fokus menyerap terus kedalam kulit dan menambah manfaat dalam produk lain dalam produk kecantikan anda.
Koleksi ini terdapat 3 solusi yang boleh dipilih bersesuaian kulit anda atau boleh digunakan ketiga-tiganya.
Hydration (30ml, RM139)
Mengekalkan hidrasi kulit. Ianya mempunyai hyaluronic asid yang sesuai dicampur dengan produk pelembab untuk kesan kelembapan yang lebih lagi.
Radiance (30ml, RM139)
Sesuai untuk kulit kusam dan tidak bermaya. Diformulasi untuk memberi kesan kulit cerah dan berseri setiap kali pemakaian.
Collagen (30ml, RM139)
Kembalikan teksur kulit yang lebih tegang dan meningkatkan kekuatan kulit. Ianya juga menggalakkan produksi kolagen dan memperbaiki tekstur kulit.
Indeed Laboratories Boosters boleh didapatkan di stor Watsons mulai Ogos 2017.