Seperti biasa, Sunway Lagoon yang merupakan taman tema air terkemuka di Malaysia kini dengan bangganya turut mahu sama-sama memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60 menjelang 31 Ogos ini.
bermula dari 11 Ogos hingga 30 Sepetember nanti, sertai kemeriahan patriotik di mana pengunjung boleh ikut sama dalam perarakan serba putih, merah, biru dan kuning dan dalam masa yang sama akan disambut meriah oleh para penari yaag bakal menghiburkan semua dengan tarian We Are Malaysia, diinspirasi dari semua kaum etnik dan bangsa yang ada di Malaysia.
Untuk lebih keterujaan untuk semua peringkat umur, Sunway Lagoon juga ada menganjurkan seleksi aktiviti menyeronokan yang disuntung dari elemen penuh tradisi seperti mencanting batik, belajar cara hasilkan tulisan kaligrafi tradisional Cina serta peluang mendapatkan lukisan henna pelbagai rekaan setiap hujung minggu bermula 3 hingga 4 petang.
Kembalikan juga memori zaman kanak-kanak anda dnegan bermain permainan tradisi seperti Batu Seremban, Gasing, Congkak dan Sepak Raga berhampiran Surf Beach dan pemaian juga berpeluang memenangi beberapa barangan istimewa!
Selepas penat bergembira di sekitar Sunway Lagoon jangan lupa legakan dahaga dan lapar di beberapa restoran dan gerai berhampiran termasuklah Simba, Zuka, Chill Lah, Take 5 dan Oasis.
Jangan lepaskan peluang untuk mmebawa pulang RM11,000 bila anda merakam dan muat naik foto kenangan bertemakan “We Are Malaysia” di Sunway Lagoon ke akaun Instagram sambil disertai hashtag #SLWeAreMalaysia.
Untuk keterangan lanjut berkenaan kempen We Are Malaysia Sunway Lagoon, sila klik [sunwaylagoon.com/we-are-malaysia]