Setiap sudut dan ruang merupakan sentuhan peribadi Puteri Diana. Dari patung agama ke rak yang dipenuhi dengan patung-patung porselin, ini merupakan kediaman peribadi Puteri Diana di Istana Kensington.
Diambil beberapa hari selepas kematiannya, di sini beliau menghabiskan banyak masa mengisi ruang peribadi dengan dekorasi yang mengingatkannya tentang impian, hobi dan paling penting keluarga.
Dipercayai menjadi antara satu-satunya gambar kewujudan Apartment 8 dan 9 di Kensington Palace ini diambil oleh pembantu rumah Diana, Paul Burrell yang bekerja untuknya dari tahun 1987.
Bercakap kepada Sunday Mirror, Burrell berkata:
“Bila Puteri pergi selamanya, saya merasakan ia adalah masa yang sesuai untuk merakam setiap memori, di mana tempat tinggal Puteri, kehidupan rumahtangganya dan tempat besarnya Putera William dan Putera Harry.
“Bahagian dalaman ini dipilih oleh Puteri. Inilah tempat yang dipanggil RUMAH oleh Puteri. Tidak lama selepas beliau pergi, ingatannya terhapus dari Istana Kensington,” jelasnya.
Baca: [12 Gambar] Taman Memorial Puteri Diana Hiasi Istana Dengan Pelbagai Bunga Kegemarannya