Amboi DSV bukan sahaja pengemar dan pengumpul beg tangan mewah, sekarang ingin muncul pula sebagai pereka khas untuk kolaborasi beg tangan bersama jenama Louis Vuitton!?
Menurut laporan dari The Star dan Berita Harian, Dato’ Seri Vida telah pun menghantar cadangan kepada pemilik LV di Paris sejak beberapa tahun lalu. Ini adalah sebagai merealisasikan impian DSV yang ingin menghasilkan jenama beg tangan sendiri.
Dato’ Seri Vida berkongsi lagi, berkemungkinan harga sebuah beg yang dikeluarkan pada harga RM8,000 sehingga RM11,000.
Satu lagi impian DSV bakal menjadi realiti selepas beliau sudah pun mengeluarkan hit ‘I Am Me’ yang telah menular ke serata dunia. Tahniah dan syabas DSV!