Seperti yang kita semua tahu, Brunei adalah sebuah negara yang berdaulat terletak di pantai utara Kalimantan dan disebalik kewujudan negara yang makmur sudah tentu ada pemimpin yang bukan sahaja berkaliber dalam membentuk negara yang maju malah peka akan kesejahteraan rakyatnya.
Selain harta kekayaan yang dimilikinya ada beberapa perkara lain yang mungkin anda tidak tahu tentang KDYMM PSB Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Wad’daulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Sir Omar Ali Saifuddin.
#1 Anak Sulung
Hassanal Bolkiah dimasyhurkan sebagai Pengiran Muda Mahkota Brunei pada 1961 dan ditabalkan sebagai Sultan Brunei pada 5 Oktober 1967 sehari selepas ayahandanya baginda, Sultan Omar ‘Ali Saifuddien III, turun daripada takhta secara sukarela. Baginda dilahirkan pada tanggal 15 Julai 1945 oleh ibunya, Pengiran Anak Damit dan usianya pada tahun ini adalah 70 tahun.
#2 Istana Nurul Iman Adalah Rumah Terbesar Di Dunia
Menurut pengiktirafan Guinness World Records, Istana Nurul Iman adalah kediaman istana yang terbesar di dunia, dibina dengan kos berjumlah 1.4 juta dolar AS. Bayangkanlah bila tandasnya pun sudah ada 257 buah…
#3 Pernah Berkahwin Tiga Kali
Seperti yang kita semua jelas, untuk perkahwinan sulungnya, baginda bertemu jodoh dengan Pengiran Anak Saleha yang juga merupakan sepupunya lalu dikurniakan enam orang anak sebelum kemudiannya berkahwin pula dengan Aisha Mariam yang merupakan seorang bekas pramugari untuk Royal Brunei Airlines dan telah dikurniakan empat cahaya mata namun cerai pada tahun 2003 kerana Nusyuz.
Untuk perkahwinan ketiganya, baginda menikahi Azrinaz Mazhar Hakim sekitar 2005 yang pernah berkhidmat sebagai penyampai berita dan personaliti TV untuk stesen televisyen TV3, dikurniakan sepasang putera dan puteri sebelum bercerai sekitar 2010 juga kerana nusyuz.
#4 Pernah Menjadi Individu Terkaya Di Dunia
Pada tahun 2008, Forbes menyenaraikan Sultan Brunei sebagai individu terkaya dan paling berpengaruh di dunia, memiliki harta bersih bernilai 20 bilion dolar AS sebelum takhta itu dirampas Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej pada tahun 2016 menjadikannya sebagai golongan diraja yang terkaya di dunia.
#5 Memiliki Salah Sebuah Jet Peribadi Termahal Di Dunia
Boeing 747-430 milik Sultan Brunei dianggarkan bernilai 233 iuta dolar AS. Dekorasi dalam jet tersebut pula dikatakan rata-ratanya bersadur emas manakala hamparan permaidani yang melengkapkan bahagian dalam kapal pula dibuat daripada sutera.
Untuk pengetahuan semua, lazimnya baginda sendiri yang akan memandu jet mewah miliknya itu.
#6 Upah Michael Jackson & Whitney Housten Untuk Menghiburkannya
Pada sambutan ulang tahun ke-58 nya, baginda mengundang lagenda muzik pujaan ramai Micheal Jackson untuk turut serta memeriahkan majlis dengan tiga konsert di stadium miliknya dan dikhabarkan juga, baginda telah membayar penyanyi itu dengan sejumlah wang bernilai $17,000,000 dolar AS.
Dalam sebuah laporan lain, baginda juga dikatakan pernah mengundang Whitey Houstan suatu ketika dahulu untuk menghiburkannya dan penyanyi itu telah dibayar dengan satu cek kosong agar Whiteny boleh mengisi cek tersebut dengan nilai yang dimahukannya. Hmm.. murahnya hati Sultan Brunei ni kan? Tina Turner, Bon Jovi dan ramai lagi
#7 Sukan Polo Adalah Kegemaran Sultan Brunei
Baginda telah bermain polo sejak kecil lagi dan dia dikatakan memiliki hampir 200 ekor kuda yang disimpan dalam kandang gergasi berpenghawa dingin untuk tujuan sukan kegemarannya itu.
#8 Adik Sultan Brunei Terkenal Dengan Sifat “Playboy”?
Semenjak negara Brunei melaksanakan undang-undang shariah, pelbagai cerita yang kurang enak tiba-tiba muncul. Ini termasuklah khabar angin tentang adik kepada Sultan Brunei, Putera Jefri dituduh sebagai kaki perempuan dan kehidupannya sangat bertentangan dengan prinsip negara Brunei yang kuat pegangan agama.
Tidak cukup dengan itu, seorang gadis pelayan (escort girl) bernama Jillian Lauren seolah menyimbah minyak apabila mengaku dirinya pernah dibayar untuk bermalam dan melakukan hubungan terkutuk dengan petera raja itu. Namun, ianya dianggap hanya untuk mencalarkan nama baik institusi diraja Brunei Darussalam.
#9 Sultan Brunei Memiliki Lebih 5000 Buah Kenderaan Mewah
Baginda memiliki koleksi kenderaan mewah paling banyak di dunia termasuklah 3 buah kereta jenis Mclaren F1, lebih 100 buah model Mercedes Benz, lebih 200 buah BMW, lebih 500 Rolls Royce dan banyak lagi jenama kenderaan mewah lain yang ada di muka bumi ini.
#10 14 Ijazah Kehormat
Sultan Brunei dikhabarkan memiliki Ijazah Kedoktoran Kehormat dalam 14 bidang berbeza. Cool habis! Sudahlah kaya, dilahirkan dengan darah diraja malah pandai juga dalam bidang akademik.
Siapa rakyat Brunei cuba angkat tangan sikit?!
Daulat Tuanku.