Nyakim Gatwech (@queenkim_nyakim), model dari Selatan Sudan ini memastikan semua orang khususnya wanita untuk tidak takut dengan warna kulit gelap.
Dengan kulitnya yang sangat berpigmen dan persaingan sengit, dia berjaya memecah halangan konvensional malah kini berjaya menempah nama di arena antarabangsa dan mahu orang lain melakukan perkara yang sama.
Model yang tinggal di Minneapolis, Minnesota ini langsung tidak malu dengan warna kulitnya yang boleh diibaratkan seperti arang malah sangat berbangga dan memastikan dunia sedar bertapa warna kulitnya itu elegan.
Ikon fesyen berusia 24 tahun ini sempat berkongsi pernah dicaci oleh pemandu uber yang menyuruhnya supaya ‘melunturkan’ warna kulit supaya nampak lebih cerah tetapi dia langsung tidak mengendahkannya.
Gatwech juga dikenali sebagai “Queen of the Dark”, sebuah gelaran yang diterima dengan hati yang senang.
Gatwech memegang kata-kata, “Hitam itu berani, hitam itu cantik, hitam adalah emas … Jangan biarkan piawaian Amerika merosakkan jiwa Afrika anda.”
Kerana warna kulitnya yang unik itu, kini Gatwech sudah mempunyai lebih 100 ribu pengikut di Instagram.
Hebat bukan?