Seorang wanita asal Taiwan menggegarkan dunia internet apabila gambar-gambar awet muda dia tersebar berjaya menarik perhatian ramai.
Lure Hsu yang dilihat seperti remaja awal 20-an rupanya sudah menyambut hari jadi yang ke 45!
Dia tidak lokek memberitahu rahsia kecantikan awet muda, Lure rupanya langsung tidak mengambil minuman manis kecuali air kopi sebagai minum pagi. Banyakkan memakan sayur dan minum air putih antara rutin kecantikan. Selain itu, dia tidak ketinggalan mengambil vitamin C serta kolagen.
Lure Hsu merupakan adik kepada aktres Taiwan Sharon Hsu. Dia telah menjemput kakaknya ke rancangan hiburannya pada 2015 dan sejak itu Lure mendapat perhatian apatah lagi selepas usianya didedahkan kepada umum.