Hah?! Biar betul pakai minyak kuda di muka?!
Antara soalan yang biasa dengar bila bercakap tentang minyak kuda, di Malaysia memang tidak ramai tentang manfaat minyak kuda. Minyak ini dihasilkan dari lemak kuda yang mengandungi tinggi alpha-Linolenic acid dan pati lemak asid yanng tidak boleh dihasilkan dari badan manusia. Ianya sama komposisi seperti kalenjar sebum manusia membolehkan minyak itu menyerap masuk kedalam kulit tanpa kesan melekit.
Trend kecantikan ini tidak asing lagi di Korea atau Jepun. Malah ia telah dijadikan amalan kecantikan sejak beratus tahun dahulu. Kini terdapat jenis bentuk produk kecantikan dihasilkan dari minyak kuda seperti krim muka, syampu, lipstik, pelembab, losyen dan banyak lagi.
Pada anda ragu-ragu tentang ancaman kekejaman bintang untuk menghasilkan produk ini. Jangan risau, jika di Jepun mereka memakan daging dan ada dijadikan sebagai sajian sushi. Jadi lemak dan minyak kuda adalah bahan sampingan untuk dijadikan produk.
Kebaikan Minyak Kuda
Tinggi dengan pati lemak asid yang mudah menyerap kedalam kulit dan mengandungi dua komponen yang membantu tentang anti-penenuaan.
Alpha-linolenic acids: pati lemak omega-3 yang biasa dijumpai didalam (biji chia, falxseed), kacang walnut dan minyak sayuran (kacang soya, canola, falxseed). ianya juga anti-radang, bagus untuk maslah iritasi kulit.
Linoleic acids: Pati lemak omega 6 membantu menguatkan dan menghasilkan kelembapan kulit, mengelakkan kulit dari kering.
Minyak kuda bukan sahaja untuk mengubati pelbagai masalah penyakit kulit, tapia ia juga meredakan radang, menyembuhkan luka, lenguh bahu, sakit otot, luka terbakar. Ternyata ianya satu produk yang bukan sahaja untuk kecantikan malah untuk kesihatan kulit.
Bagi anda yang mengalami masalah kulit kering akibat cuaca sejuk melampau atau panas dan masalah kegatalan ekzema boleh menggunakan krim produk dari minyak kuda.
Selamat mencuba!