Solekan tidak menyerlah, wajah kurang berseri sering dikaitkan dengan masalah kulit kusam. Kesan dari kulit mati dan sinaran uv juga menyebabkan kulit menjadi lebih kelam dan meninggalkan tekstur kulit yang kasar. Kulit lapisan pertama yang memberi glow kepada anda, keberkesanan sesuatu produk juga bergantung pada kesihatan dan daya penyerapan dari kulit.
Benar lah orang kata, perkara pertama untuk tampil cantik ialah bermula dari dalam.
Tahukah anda emosi dan kesihatan mental antara faktor utama menjadikan aset kecantikan dalam diri setiap orang samada ia menyerlah atau tidak.
Stress
Stress bukanlah perkara yang kita semua dapat elak. Ianya datang dari masalah kerja yang bertimbun, berhadapan dengan individu yang negatif dan tidak mendapat rehat cukup, sesuatu yang kadangkala mental dan emosi kita tidak dapat mengawalnya.
Kesan dari stress tersebut tidak muncul diwajah anda, tapi memberi respon dengan melepaskan hormon stress yang dipanggil Cortisol. Hormon stress tersebut dilepaskan pada setiap aliran darah sehingga sampai ke organ-organ penting yakni jantung, hati paru-paru, buah pinggan dan paling utama otak. Secara tidak langsung kulit anda kelihatan sembab dan membengkak akibat dari rembesan hormon Cortisol.
BACA: Oh! Ini Cara Selebriti Hollywood Hilangkan Stress, Mudah Jer..Bolehlah Tiru
Wanista cadangkan untuk anda sentiasa tahu bagaimana untuk mencari jalan baik bagi melepaskan stress yang ada, Cara yang paling baik, sila lah ambil rehat yang secukupnya. Jangan sesekali memaksa diri anda untuk menyiapkan perkara yang akhirnya tidak berkesudahan. Tarik nafas, lepaskan perlahan-lahan dan cuba ambil masa untuk manjakan diri dengan urutan wajah untuk merangsang semula aliran darah supaya mengembalikan keserian wajah.
Gangguan hormon tidak stabil
Datang haid, menopause, pengambilan ubat-ubatan atau apa sahaja situasi yang terjadi disekeliling boleh menyebab berlakunya gangguan hormon. Kulit menjadi lebih berminyak, pori-pori terbuka luas dan kelam akibat hormon estrogen meninggalkan kimia testosteron yang tinggi.
Pastikan anda sentiasa membawa kertas minyak/blotting sheets atau memakai masker dari formula tanah liat yang mampu membuang lebihan minyak.
BACA: Masalah Dengan Pori-Pori Muka Besar? Ikuti 8 Langkah Kecantikan Ini
Nasihat Wanista, keep positive dan sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat dari segi mental khususnya. Cantik itu subjektif namun ia boleh dilihat oleh semua orang jika ianya datang dari aura yang positif!