Bella Hadid yang mempunyai darah campuran Palestin di sebelah bapanya, Mohamed Hadid memasang hasrat untuk melawat negara itu satu hari nanti.
Bella, 20, yang mengakui bangga menjadi seorang Muslim, tidak dapat menggambarkan perasaan terujanya sekiranya berpeluang menjejakkan kaki ke negara itu. Malah, menurutnya lagi tiada perkara lain yang lebih mengujakan dirinya selain dapat melawat Palestin.
“Saya mahu ke sana lebih daripada apa sahaja di dunia ini,” katanya.
Terdahulu, adik kepada supermodel Gigi Hadid itu pernah mendedahkan bahawa bapa mereka merupakan seorang yang taat pada agama dan sering sembahyang bersama-sama anak-anaknya.
Bapanya dilahirkan di Palestin dan membesar di Syria dan Lebanon, sebelum menetap di Amerika Syarikat semasa berusia 14 tahun.