Seorang wanita berusia 24 tahun dari Mexico menghidapi 5 ketumbuhan cyst didalam rahimnya selamat dibedah. Dia juga mempunyai risiko lemah jantung berikutan membawa 33 kilogram berat cyst selama setahun.
Berat ketumbuhan itu umpama kanak-kanak berusia 10 tahun dan ini sesuatu yang diluar jangkaan dalam bidang perubatan apabila wanita ini masih boleh hidup dengan keadaan sebegini.
Tekanan dari cyst telah membuatkan si pesakit sukar untuk bergerak, menghadapi masalah pernafasan dan makan.
Doktor Erik Hanson Viana dari Hospital Awam Mexico ditugaskan untuk melakukan pembedahan dan buat pertama kali dia melihat ketumbuhan cyst mengambil bahagian abdomen pesakit sebanyak 95%.
Kini hampir 6 bulan selesai pembedahan, pesakit terbabit boleh menjalankan aktiviti seperti biasa dan tidak memerlukan sebarang pertolongan untuk bergerak.
Dari sejarah perubatan pada tahun 1902 antara cyst paling terbesar yang pernah dikategori seberat 145 kilogram.