Hanya kerana menggayakan diri sebagai seorang gadis Jepun untuk muka hadapan Vogue edisi Amerika Syarikat keluaran Mac 2017, supermodel Karlie Kloss memohon maaf selepas dikecam netizen.
— Karlie Kloss (@karliekloss) February 15, 2017
Foto yang menunjukkan Kloss bergaya dalam persalinan gadis geisha menerima kecaman susulan dia menggayakan pakaian yang bukan dari susur galur keturunannya.
“Gambar-gambar yang saya ambil merupakan satu ‘pencemaran budaya’ yang mana saya langsung tak sensitif dengan menggayakan pakaian yang tiada kena-mengena dengan keturunan saya.
“Tujuan saya adalah untuk sentiasa memberikan inspirasi kepada setiap wanita, selepas ini saya akan lebih berhati-hati,” luahnya dalam laman mikro Twitter.
Penggambaran itu dilakukan demi meraikan diversiti budaya dan kaum di kalangan wanita seluruh dunia. Selain menggayakan pakaian geisha, Karlie juga dilihat bergambar dengan seorang ahli sumo dalam seleksi aksinya itu.