Baru berusia 16 tahun, Iris Law yang merupakan anak perempuan kepada pelakon Jude Law dan Sadie Frost telah diambil sebagai wajah baru Burberry Beauty.
Berita itu didedahkan Burberry sendiri pada 16 Januari 2017. Iris dipilih sebagai wajah baru untuk pelancaran Koleksi Burberry Liquid Lip Velvet.
Malah, anak gadis yang mempunyai mata persis bapanya rona hijau air dan tulang pipi tinggi ini turut berkongsi perkhabaran gembira tersebut di laman sosial peribadinya Instagram dengan kapsyen:
“So honoured and excited to have become part of the @Burberry family as the new face of Burberry beauty #LiquidLipVelvet”
https://www.instagram.com/p/BPVMlpcjmKj/?taken-by=lirisaw&hl=en
Video eksklusif Iris Law untuk Burberry Liquid Lip Velvet.
Koleksi Burberry Liquid Lip Velvet yang menawarkan 14 rona pilihan kini boleh didapatkan di www.sephora.com.