Beberapa minggu ini, kecoh khabar angin mengatakan bahawa selebriti popular Hollywood itu yang sebelum ini sering berkelakuan ‘liar’ telah memeluk Islam apabila Lindsay Lohan bertindak untuk memadam semua fotonya di Instagram serta meletakkan ungkapan “Alaikum Salam” sebagai pengenalan profilnya.
Lindsay Lohan remove all her instagram photos and left Salam in her bio. May Allah Guide Her. pic.twitter.com/xXfkmyjomX
— Protein Shaykh (@ProteinShaykh) January 13, 2017
Walau bagaimanapun, ibunya, Dina Lohan menepis berita itu dan menyatakan bahawa Lindsay cuma mahu berehat dari melibatkan diri denagn media sosial.
Seorang wakil Lindsay turut menjelaskan, pelakon dan penyanyi itu belum memeluk Islam.
Perubahan status sosial selebriti itu mungkin menggambarkan penghormatannya kepada Dubai yang dianggap sebagai rumah keduanya bahkan, baru-baru ini Lindsay telah menyambut tahun baru sambil bercuti di negara itu.
Tindakan Lindsay ‘membersihkan’ akaun Instagramnya mendorong sebahagian peminat percaya dia memeluk Islam.
Ucapan Alaikum Salam itu juga menyebabkan beberapa peminat mengucapkan tahniah kepadanya.
Sehingga kini, Lindsay sendiri pun belum membuat pengakuan sah peribadi.
Cerita mengenai kemungkinan selebriti berkenaan memeluk Islam tersebar sejak 2015 apabila dia dirakam memegang kitab suci al-Quran ketika melakukan kerja khidmat masyarakat di Brooklyn.
Dalam satu rancangan sembang di televisyen Turki tahun lalu, Lindsay menjelaskan, kitab itu adalah hadiah daripada beberapa rakannya.