Coklat M&M. Aiskrim. Kedua-duanya merupakan manisan kegemaran ramai. Bukan sahaja kanak-kanak, dewasa pun sukakannya.
Anda pernah cuba sandwhic biskut M&M berinti aiskrim? Ini Wanista kongsikan resepi yang mesti anda cuba. Proses pembuatannya juga sangat mudah, anda boleh lakukan bersama-sama dengan anak kecil pada hujung minggu.
Bahan-bahan:
- 1 cawan penuh gula perang
- 1/2 cawan gula biasa
- 10 sudu besar mentega, cair dan disejukkan
- 2 biji telur
- 1 sudu besar vanila
- 2 cawan tepung
- 3/4 sudu teh baking soda
- 1/2 sudu teh garam
- 1 cawan M&M
- Aiskrim pelbagai perisa, ikut suka anda
- Candy ataupun coklat untuk ditabur
Cara membuatnya:
1. Laraskan rak ketuhar kepada kedudukan tengah (sama ada di atas atau bawah). Panaskan ketuhar kepada 350°F. Diletakkan dengan kertas minyak.
2. Dalam mangkuk besar, gaul gula merah dan gula biasa. Pukul mentega cair sehingga sebati. Tambah telur dan vanila, pukul sehingga sebati.
3. Tambah tepung, baking soda dan garam. Dengan menggunakan spatula getah, adun kesemuanya, masukkan M&M ke dalamnya.
4. Drop 2 sudu besar adunan biskut 2 inci di atas kertas minyak. Bakar kira-kira 15 minit.
5. Untuk membuat sandwhic biskut, letakkan aiskrim antara dua kepingan biskut. Taburkan segala candy atau coklat yang anda suka.