Jenama aksesori peranti Targus telah sekian lama berkecimpung dalam industri ciptaan fesyen inovatif bagi melengkapi keperluan korporat yang efisyen sejak 30 tahun lalu.
Targus mengutamakan ciri-ciri seperti keselesaan dan keselamatan bagi meningkatkan mutu kerja, produktiviti serta memudahkan pengguna untuk memanfaatkannya walau dalam keadaan apa sekalipun.
Baru-baru ini, Targus melancarkan keluaran beg sandang baharu yang bukan sahaja memiliki perincian moden serta rekaan versatile, bahkan turut dilengkapi teknologi pengenalan anti-gelombang radio atau Anti-Radio Frequency Identification (RFID) dalam salah satu poket simpanan beg berkenaan.
Beg sandang genius dari siri Terminal T-II Targus ini adalah sebahagian siri rekaan terkini yang bisa bantu pengguna mengelak dari penyeluk saku barangan digital.
Material unik yang menyelaputi beg sandang Terminal T-II adalah unik dan mampu menghalang transmisi maklumat antara 10MHz – 3GHz yang lazimnya digunakan pada pasport gelombang radio mahupun kad kredit.
Targus menggambarkan Terminal T-II sebagai hasil ciptaan yang bisa menjadi jalan penyelesaian kepada aktiviti jenayah pencurian maklumat dan melindungi pengguna daripada penyeluk saku barangan digital.
Siri terbaharu dari Targus ini amat sesuai untuk digunakan oleh pengguna yang mempunyai latar belakang korporat memerlukan mereka membawa peranti seperti komputer riba, tablet, telefon pintar, sambungan kabel pengecas, dokumen-dokumen peribadi bercip ke mana sahaja mereka pergi. Lebih-lebih lagi buat mereka yang sering melakukan lawatan kerja ke luar negara -secara tidak langusng memerlukan mereka banyak bergerak dengan barangan berharga mereka.
Selain dilengkapi teknologi pengenalan anti-gelombang radio, rekaan saintifik yang menyediakan ruangan kondusif dalam beg juga adalah sangat rapi. Komputer riba sebesar 15.6″ boleh dimuatkan secara teratur dalam poket belahan yang terdapat pada ruangan utama dalam beg. Manakala gajet teknologi seperti power bank, tablet atau iPad dan keperluan lain bisa dimuatkan dalam satu bahagian simpanan yang dilapisi material Nyflex membuatkan ia kalis air, minyak serta asid.
Tidak sah jika peranti elektronik tidak dicas dari masa ke masa. Oleh itu, Targus menggunakan kepakaran kejuruteraannya untuk menyediakan satu ruangan khas bagi menyimpan power bank yang memudahkan pengguna untuk mengecas peranti mereka tanpa perlu risau kabel berbelit mahupun mengeluarkan keseluruhan power bank daripada beg.
Untuk keselesaan yang optimum, tali beg sandang juga disokong oleh pelapik tebal empuk agar bahu, leher dan belakang anda tidak sakit walaupun perlu menyandang muatan berat sepanjang masa.
Jika anda memang seorang individu yang peka akan keselamatan anda dan dalam masa yang sama, masih mahu bergaya sakan tatkala ke pejabat mahupun ketika ingin pergi memenuhi tentatif lawatan kerja, dapatkan beg sandang Terminal T-II oleh Targus sekarang dari mana-mana pengedar barangan Targus yang sah seluruh Malaysia.
Terdapat tiga jenis beg sandang dari siri Terminal T-II oleh Targus termasuk 15.6″ Essential (RM389), 15.6″ Advanced (RM439) dan 15.6″ Premium (RM489). Untuk maklumat lanjut, sila layari www.targus.com