Siapa kata jadi perempuan itu mudah?
Benarlah kata orang, wanita sering menjadi perhatian. Dari hujung rambut hinggalah ke hujung kuku kesemuanya menjadi tatapan!
Oleh itu, untuk elak diri anda daripada dihakimi atau dilempar dengan pelbagai macam pandangan negatif, anda mesti nekad untuk tingkat penjagaan kuku anda dengan rawatan magis di rumah.
Mudah sahaja. Jom Wanista ajarkan…
#1 Minyak Zaitun
Sapuan minyak zaitun yang meresap terus ke dalam kuku berupaya mengekalkan kelembapan berpanjangan manakala kandungan khasiat Vitamin E menguatkan lagi kuku anda serta turut memulihkan kuku rosak.
#2 Urutan Lembut
Ya, kuku juga memerlukan urutan. Urut lembut kuku anda menggunakan pelembap atau krim kuku, ianya membantu peredaran darah seterusnya menghasilkan kuku sihat lagi kuat.
#3 Selamat Tinggal Kulat!
Amat memalukan jika kuku anda dijangkiti kulat! Untuk mengelakkannya dari terjadi, pastikan kebersihan kuku anda dijaga. Gunakan skrub serbuk penaik atau rendam kuku anda ke dalam air garam bagi menjauhi infeksi.
#4 Biotin
Pengambilan vitamin yang mengandungi khasiat biotin atau juga dikenali sebagai vitamin H membantu pertumbuhan keratin kuku seterusnya menggalakkan lagi pertumbuhan. Namun anda haruslah mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu sebelum memulakan pengambilan makanan tambahan. Biotin juga boleh diperolehi menerusi makanan seperti bijirin, badam, susu dan strawberi.
Okay, lepas ni jangan ada alasan lagi untuk tidak menjaga kuku anda itu tahu? Macam penulis sendiri, penulis akan menilai kebersihan seseorang melalui kekemasan kukunya.
Selamat beramal!