Pernahkah anda terfikir, apakah jenis “chemistry” yang akan terbit di antara 2 orang selebriti A-list Korea seperti Rain dan Lee Min Jung jika mereka digabungkan dalam satu drama yang sama?
Siapkan diri untuk di kejutkan dengan siri komedi baru, yang akan mula ditayangkan pada Khamis, 25 Februari ini, jam 8.55pm. Buat pertama kalinya secara eksklusif, ia akan dimuatkan bersama dalam saluran kegilaan ramai, ONE HD (Astro B.yond saluran 393).
Al-kisah yang bakal disajikan kepada para penonton ini adalah berdasarkan novel terkenal Jepun dan filem Mr. Tsubakiyama’s Seven Days.
Please Come Back, Mister akan memaparkan cerita berkenaan seorang pengurus jabatan workaholic yang begitu rajin dan obses dengan jawatan yang dipegangnya, tiba-tiba dia ditakdirkan mati akibat bekerja secara terlampau tanpa mengira masa. Namun, dengan tidak semena-mena, dirinya kembali hidup seperti biasa untuk beberapa ketika demi menghabiskan tugasan yang masih belum selesai.
Apa yang lebih menarik adalah, dirinya hidup dalam keadaan yang lebih sempurna! Dia kini telah menjadi seorang lelaki budiman yang memiliki penampilan hebat!
Persoalannya, adakah dia mampu memastikan cinta hatinya dapat dilindungi dan bagaimana cara yang paling tepat untuk memberi tahu perkara sebenar tentang kematiannya dan menyatakan ucapan selamat tinggal jika dia perlu kembali mati?
Gabungan lakonan hebat yang menjanjikan suatu kepuasan berganda lakonan Rain, Lee Min Jung dan Oh Yeon Seo! Nantikan kemunculan drama bersiri baru ini hanya di Astro saluran ONE HD!
Tonton Pautan Video: Teaser Please Come Back, Mister