Themed Attractions Resort and Hotel melancarkan inisiatif baharu ‘time.together’ bagi mempromosikan Puteri Harbour sebagai destinasi pelancongan santai seisi keluarga utama di negara ini.
Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Burhanuddin berkata, inisiatif itu bertujuan mengetengahkan keunikan dan tarikan utama Puteri Harbour sebagai destinasi hiburan, makan, penginapan serta penerokaan.
“Puteri Harbour destinasi pelancongan yang menawarkan pelbagai aktiviti di bawah satu bumbung sesuai untuk seisi keluarga bagi menggalakkan masyarakat meluangkan lebih masa bersama keluarga. Di sini kami ada penginapan, Taman Tema Hello Kitty terbesar di Asia Tenggara dan Thomas Town serta pelbagai outlet makanan dan beli-belah di Little Red Cube.
“Kami yakin Puteri Harbour mampu mengubah gaya hidup masyarakat dengan membawakan lebih banyak tarikan menerusi inisiatif baharu ini. Transformasi ini juga akan membuka lebih banyak peluang perniagaan dan kerjaya setempat,” katanya.
Ahmad berkata, beberapa projek baharu akan dilaksanakan menerusi inisiatif itu termasuk kolaborasi antara Hotel Jen Puteri Harbour dan Sanrio Hello Kitty Town bagi memperkenalkan penginapan bertema ikon Hello Kitty yang akan dilancarkan Februari ini.
“Bilik berkonsep Hello Kitty ini akan mula dibuka kepada orang ramai tahun ini. Kami juga mempunyai pelbagai tarikan sedia ada di Hello Kitty Town, antaranya Red Bow Cafe dan outlet yang menjual barangan ikon berkenaan,” katanya.
Tempat penginapan bertemakan ikon Hello Kitty
Puteri Harbour juga menyediakan pengalaman hebat dan unik yang lain seperti Puteri Harbour Marina, yang diiktiraf di kalangan masyarakat pelayaran global sebagai salah satu “must sail destinations” di dunia.
Ia adalah yang pertama di Malaysia yang diiktiraf dan dianugerahkan dengan 5 Gold Anchor Award oleh The Yacht Harbour Association (“TYHA”), United Kingdom pada Februari 2014.
Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour menyediakan tempat alternatif masuk bagi pelancong antarabangsa dan kini menawarkan perkhidmatan feri ke Tanjung Balai dan Batam, Indonesia.
Puteri Harbour merupakan kawasan yang strategik berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura dan juga empat pelabuhan antarabangsa dan Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour.
Terletak hanya 15 minit dari Laluan Kedua Malaysia-Singapura. Maklumat lanjut mengenai tawaran dan promosi Puteri Harbour untuk keluarga boleh diperolehi daripada laman web di www.puteriharbour.com.