David Beckham, selebriti sukan terkenal dunia disahkan mempunyai pendapatan sehari sebanyak £71,000 (RM391,884.49) sehari.
Menurut laporan Daily Mail, ia merupakan jumlah pendapatan tertinggi Beckham berbanding ketika dia hanya menjadi pemain bola sepak sahaja sebelum ini.
Ini semua hasil dari keuntungan syarikatnya Footwork Productions yang memulakan perusahaan sejak tahun 1996. Bukan itu sahaja, beliau juga berjaya dalam perniagaan minyak wangi, jenama pakaian sendiri serta minuman wiski bersama rakan baik beliau Guy Rithcie.
Walaupun sudah bersara dalam arena bola sepak, David Beckham sibuk dengan urusan kebajikan sebagai duta kepada UNICEF UK dan juga banyak mendapat tawaran sebagai model dan duta jenama pakaian.
Populariti suami kepada bekas ahli kumpulan Spice Girls iaitu Victoria Beckham itu masih bertahan sehingga kini.