Siapa yang tidak kenal dengan pengasas Kylie Cosmetics ni? Merupakan adik-beradik tiri kepada keluarga Kadarshian, dahulunya Kylie Jenner hanya setakat menumpang populariti kakak-kakaknya.
Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, teman wanita rapper Tyga ini kian popular dalam kalangan remaja masa kini sekaligus diangkat naik oleh jenama-jenama fesyen terkemuka seperti PUMA dan banyak lagi. Ya, mungkin kerana rupa parasnya yang lebih seksi serta tubuhnya yang semakin mengiurkan itu.
Jom lihat perubahan drastik wajah Kylie Jenner dari zaman kanak-kanak hingga kini.
Kylie Jenner 2008
I’m just a kid, what do you expect?
11 tahun: Membesar normal seperti kanak-kanak yang lain.
Kylie Jenner #2009
Too young and sweet.
12 tahun: Masih tiada banyak perubahan yang berlaku ke atas diri Kylie.
Kylie Jenner #2010
I just wanna be happy!
13 tahun: Cantik tak penting, asal gembira 🙂
Kylie Jenner #2011
Same…
14 tahun: Biasa-biasa je…
Kylie Jenner #2012
Lashes on fleek!
15 tahun: Relaks dulu, baru nak kenal dunia hiburan katanya…
Kylie Jenner #2013
Don’t care and trying to living my life to the fullest!
16 tahun: Baru pandai berjinak-jinak dengan mekap nampaknya si Kylie ni.
Kylie Jenner #2014
How do I look? Okay? Or not okay? Gonna make some changes when I reach 18… very soon!
17 tahun: Hidung… check! Mata… Check! Bibir???
Kylie Jenner #2015
Look, it’s my new lips!
18 tahun: Biarpun bukan bibir asli, Kylie tampil berani dan mula menjadi perhatian netizen dunia lebih-lebih lagi si pencinta fesyen! Dan pada tahun ini jugalah, Kylie memulakan empayar perniagaan Kylie Lip Kit dari Kylie Cosmetics yang menjadi kegilaan semua makeup junkies!
Kylie Jenner #2016
Hey girl, I just turns 19 and you, better watch out!
19 tahun: Siapa yang tidak terpana melihat. Seksi menawan, gayanya lebih matang dengan solekan anggun yang ditemani gaya rambut ala bombshell! Ketika ini, Kylie lebih gemarkan warna kulit yang perang.