Menurut laporan, dianggarkan seramai 75% wanita akan mengalami masalah kulit tidak sekata seperti pigmentasi atau melasma yang disebabkan perubahan hormon semasa hamil. Dipercayai, penghasilan melanin yang meningkat boleh menyebabkan pembentukan tompok-tompok hitam pada muka terutamanya di bahagian atas bibir, hidung, pipi dan dahi.
Selain pigmentasi, jerawat merupakan salah satu masalah kulit yang juga kerap dialami oleh wanita hamil. Sewaktu hamil, sesetengah wanita mungkin tampak lebih cantik dan “berseri”, namun ada wanita yang mengalami penghasilan sebum berlebihan pada kulit disebabkan perubahan hormon, yang seterusnya mengundang pelbagai masalah kulit seperti jerawat, kemerahan dan kulit radang serta parut yang mungkin mengambil masa yang lama untuk sembuh.
Walaupun masalah melasma dan jerawat hanya sementara dan akan hilang selepas bersalin, tona kulit yang tidak sekata dan parut yang mencacatkan penampilan boleh menggugat keyakinan wanita semasa hamil.
Usah bimbang kerana Bio-Oil dihasilkan khusus bagi membantu memperbaiki penampilan kulit dan mengembalikan keyakinan wanita hamil. Selain dipercayai oleh ribuan ibu-ibu hamil di seluruh dunia, ia telah terbukti berkesan secara klinikal untuk membantu mengatasi melasma, regangan kulit kesan kehamilan dan parut lama dan baharu.
Bio-Oil dirumus daripada ekstrak tumbuhan seperti minyak kamomil, lavender, rosemary, kalendula serta vitamin A & E dan bahan unggul PurCellin Oil™, yang membantu kulit menyerap khasiat dengan cepat agar kulit sentiasa halus dan lembut tanpa kesan melekit. Ia bersifat hipoalergenik dan tidak menyebabkan jerawat, malah ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Kajian menunjukkan bahawa 86% subjek melaporkan tona kulit yang lebih sekata selepas penggunaan Bio-Oil selama dua belas minggu; 90% subjek melaporkan parut jerawat semakin pudar selepas penggunaan selama sepuluh minggu; dan 100% subjek melaporkan pengurangan kesan regangan kulit selepas lapan minggu.
Bagaimana ingin menggunakan Bio-Oil?
Anda disyorkan supaya menyapu Bio-Oil pada kawasan terbabit dua kali sehari selama sekurang-kurangnya tiga bulan untuk melihat kesan yang lebih memuaskan. Bagi membantu mengurangkan pembentukan regangan kulit kesan kehamilan, anda juga digalakkan supaya menggunakan Bio-Oil dari awal trimester kedua kehamilan agar kulit sentiasa terhidrat dan anjal.
Bio-Oil boleh didapati di farmasi-farmasi di seluruh negara dan dijual pada harga RM34.95 (60ml), RM58.25 (125ml) dan RM79.45 (200ml).