Hidup di zaman ‘semuanya dihujung jari’ amat menyenangkan kita untuk menyelesaikan beberapa perkara. Termasuklah apabila ingin menyiapkan segala persiapan untuk majlis perkahwinan. Dari hal hiasan kamar beradu hinggalah ke susunan meja beradab pengantin boleh dicari melalui internet.
Sekarang anda boleh d.i.y untuk memilih sendiri pilihan lagu majlis anda dengan carian di youtube atau download sahaja melalui aplikasi muzik dan hanya perlu keluarkan kos membeli speaker audio. Alah, tak perlulah yang jenis profesional, cukup sahaja yang mengeluarkan bunyi yang kuat dan tidak membingitkan. ‘Sesedap’ telinga anda dan tetamu untuk mendengar. Ini bagi anda yang betul betul serius mahu menjaga bajet kos majlis perkahwinan, serius banyak anda boleh save dari situ.
Jika sebelum ini, Wanista pernah berkongsi 20 pilihan lagu tapi pada hari ini Penulis ingin menambah lagi dengan memberi 10 seleksi lagu Malaysia dan Indonesia untuk majlis resepsi perkahwinan anda. Yang pasti, bait lirik lagu dari setiap pilihan Penulis berunsur romantik dan bergenre balada dan pop. Sesuai dijadikan semasa anda dan pasangan berjalan menuju ke pelamin atau semasa upacara memotong kek. So sweet!
Seperti Yang Dinantikan – Estranged
“Betapa ku ingin memilikimu, sebab kau lengkapkan aku”
Nafas Ku – Jamiel Said
“Kau yang pertama membuatku bahagia, kau yang terakhir yang inginku bersama”
Kekal Bahagia – Ippo Hafiz
“Kuatkanlah untuk bersamaku, teguhkan hatimu menemani aku
Menjalani waktu-waktu hidupmu, aku kan selalu ada denganmu”
Katakan – Harris Baba
“Doaku semoga kau dan aku selamanya kan bersama, dihatiku hanya kau yang satu sempurnakan diri aku”
Dari Mata – Jaz
“Ku melihat melihat, ada bayangan”
“Dari mata kau buatku jatuh, jatuh terus jatuh ke hati”
Cinta Bersatu – Liyana Jasmay
“Kau sempurna bagiku, tak kurang sesuatu bagiku, kau terima apa adaku”
Penghujung Cintaku – Pasha dan Adel
“Aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu”
“Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu”
Anugerah Terindah – Black
“Kerap ku berdoa agar cinta kita, Takkan pernah pudar hingga hujung nyawa”
Saat Bahagia – Ungu feat. Andien
“Ku yakin tak ada satu pun yang mampu merubah rasaku untukmu, ku ingin engkau selalu“
Hinggah Ke Jannah – KRU
“Syukran Ilahi menjodohkan takdir bertemu, Sempurna lengkap sanubari menjadi pasanganmu”
Mesti ada yang dah berangan suasana majlis bila dengar semua lagu di atas bukan? Tunggu apa lagi cepat-cepat muat turun dan pastikan yang original tau! Hehehe. Sebelum terlupa, Wanista juga ada sediakan Koleksi Idea Lagu ‘Serius Catchy’ Untuk Video Kahwin. Majlis belum mula lagi, idea lagu untuk video kahwin pun dah ada sekali! Best kan Wanista ni..heee..