Seramai 48 mangsa lagi terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir selepas air pasang besar petang tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kini pada 380 orang atau 90 keluarga.
Unit Pengurusan Bencana Selangor, dalam satu kenyataan, berkata Pusat Pemindahan Dewan Sungai Keramat, Kapar juga sudah dipindahkan ke Dewan Serbaguna Dato’ Ahmad Razali, Klang.
Kesemua 48 mangsa berkenaan adalah penduduk kampung di Batu 5 Kapar yang turut terjejas ekoran limpahan air laut masih memasuki benteng yang pecah pagi semalam.
Jumlah mangsa di empat pusat pemindahan yang terlebih dulu beroperasi di dua daerah masih kekal sama.