Lebih daripada 50 tahun Mary Kay Inc. komited dalam memperkayakan kehidupan wanita dan kanak-kanak di seluruh dunia. Terima kasih kepada Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay atas inisiatif yang diberikan bagi tujuan pemasaran global Mary Kay, Beauty That Counts®, yang telah berjaya meraih sebanyak RM 30,000 melalui jualan gincu Beauty That Counts.
Hasil jualan gincu Beauty That Counts® disalurkan kepada organisasi HOPE Worldwide Malaysia untuk memperkayakan kehidupan wanita dan kanak-kanak yang memerlukan sedikit sinar kecantikan dalam kehidupan mereka. Mary Kay telah menganjurkan satu sesi pemanjaan diri dan makeover kecantikan, yang diketuai oleh Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay untuk ibu-ibu tunggal dari organisasi HOPE.
Ibu-ibu tunggal ini mempunyai latar belakang yang berbeza, dan mempunyai kisah yang tersendiri untuk diceritakan, kesusahan dan cabaran hidup yang dilalui oleh mereka untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka sangat menyuntik inspirasi. Merekaadalah wanita yang berani dan tidak tahu erti pentingkan diri. Melihat wanita-wanita ini menikmati masa pemanjaan diri dan pembelajaran tips aplikasi solekan adalah benar-benar satu detik inspirasi! Malah dengan hanya satu calitan gincu dapat menyerlahkan wajah mereka serta-merta. Bukan sahaja kita berpeluang melihat wanita-wanita cantik ini bersinar dari luaran, tetapi yang lebih penting, dari dalam diri mereka. Kita semua sedar bahawa jika penampilan kita kelihatan menarik , secara semulajadi kita akan menjadi lebih yakin. Melalui sesi ini, kami berharap agar kami dapat mentransformasikan dan memperkasakan mereka untuk mencapai kehidupan yang lebih baik bagi mereka dan keluarga mereka.
Selain itu, Mary Kay juga telah menyumbang pek beras yang bernutrisi dan beberapa keperluan makanan asas kepada setiap keluarga, yang mampu untuk menyokong isi rumah mereka untuk tempoh enam bulan akan datang.
Mengimbas kembali sejarah, ketika Mary Kay Ash mengasaskan syarikat beliau, beliau sering menekankan betapa pentingnya menyumbang semula kepada orang lain. Sejak itu,Mary Kay telah berjaya mengubah kehidupan wanita dan kanak-kanak di seluruh dunia. Kini, ia adalah sebahagian daripada warisan Mary Kay untuk terus melakukan perubahan dalam kehidupan insan yang kurang bernasib baik.