Penulis dah bosan makan mee Maggi cara ‘tradisional’. Apa agaknya cara terbaru nak masak mee segera? Dengar cerita mee Maggi boleh bertukar kepada murtabak. Betul ke? Dan sedap ke? Kalau pakat duk tertanya-tanya baik kita cuba buat. Senang pun senang dan bahan pula tak susah nak cari mesti dalam peti ais siap tersedia.
Ikuti langkah-langkah cara membuat murtabak Maggi dibawah. Sesuai dihidangkan sebagai minum petang bersama keluarga tersayang. Kalau sedap, jangan lupa kredit pada Wanista yer! Hehehe.
BAHAN-BAHAN :
- 4 paket Maggi kari – rebus mee sahaja
- 4 paket serbuk perasa Maggi kari – sebagai bahan perisa
- 1 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 5 biji telur
- 1 batang lobak merah
- Isi ayam dan bebola ayam secukupnya
- 3 sudu besar tepung jagung
- Sedikit daun sup atau daun bawang
CARA MEMASAK :
- Bersihkan isi ayam, bebola ayam dan potong menjadi ketulan kecil.
- Bawang merah, bawang putih, daun sup diracik halus.
- Bersihkan lobak merah dan potong kecil-kecil.
- Rebus mee maggi sehingga kembang, tos air dan ketepikan .
- Panaskan sedikit minyak, tumis semua bawang sehingga layu dan naik bau kemudian masukkan isi ayam, bebola ayam, lobak merah, daun sup dan kacau semua bahan sehingga isi ayam masak.
- Tutup api. Masukkan 1 atau 2 paket perisa maggi kari, mee Maggi, tepung jagung dan telur sebiji demi sebiji. Kacau rata.
- Jika kurang masin boleh ditambah lagi serbuk perisa Maggi kari.
- Fungsi tepung jagung supaya adunan mee dan bahan-bahan lain melekat.
- Panaskan frying pan dengan sedikit minyak dan goreng murtabak Maggi sehingga masak.
- Angkat kemudian toskan minyak. Siap dan boleh dihidangkan bersama sos atau mayonis.