Bukan sahaja dikatakan fesyen kekampungan malah ada sesetengah individu tidak pandai memakai kain batik.
Asal kain batik atau kain pelikat, ramai menganggapnya fesyen yang hanya sesuai dipakai di rumah, tidaklah untuk dipakai di luar. Sepatutnya kain batik yang merupakan pakaian tradisional menjadi kebanggaan jika dipakai kerana ia mempunyai nilai tersendiri.
Tahukah anda, jenama mewah Lebor Gabala dari Barcelona, Sepanyol baru-baru ini menjadikan kain batik sebagai salah satu daripada fesyen yang cuba diketengahkan untuk koleksi musim panas/bunga 2016. Lihat sahaja tetap cantik jika bijak bergaya seperti fesyen mereka yang digayakan bersama kemeja rona pastel dengan kain batik cetakan floral.
Jadi, selepas ini kalau kain batik anda terperuk dalam almari, keluarkan dan mula mix n match dengan fesyen yang sesuai!