Seorang wanita, Alison Teal, 30, melakukan aksi ‘berani mati’ meluncur di kawasan pergunungan berapi yang sedang memuntahkan laharnya.
Hanya berada beberapa meter sahaja dengan lahar gunung berapi yang megalir laju ke bawah, tidak sesekali membuatkan Alison berasa gusar dan takut.
Alison dikenali sebagai Indiana Jones versi wanita, memang gemar mengembara ke seluruh dunia mendekati pelbagai jenis cabaran. Kali ini, aksi dia meluncur berhampiran lahar gunung berapi di Hawaii telah dirakam oleh seorang jurugambar underwater, Perrin James.
“Tiba-tiba satu situasi yang menakutkan menjadi momen paling indah dalam hidup saya,” jelasnya menggambarkan detik cemas berada berhampiran letusan itu.
Memang tampak begitu tenang dan selamba sahaja Alison meluncur menggunakan papan luncur rona merah jambu.